Ayat-Ayat Hebat Kamu Perlu Cuba Setiap Hari
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
happy

Ayat-Ayat Hebat Kamu Perlu Cuba Setiap Hari

 

Nampak mudah untuk dilafazkan, tetapi inilah antara ayat-ayat yang mampu mengubah mood dan hari seseorang menjadi lebih baik termasuk diri kamu! Cosmo mahu kamu cuba lafazkannya setiap hari, pasti kamu akan nampak kesannya.

happy

“Saya tersilap…”

Katakanlah kamu pernah mengarahkan pekerja-pekerja kamu untuk melakukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan kerana menyangka ia akan meningkatkan produktiviti kerja, tetapi akhirnya ia tak menjadi. Walaupun pada mulanya nampak hasil yang diingini untuk projek baru itu namun kerja lain yang tersedia nampak keciciran, kamu kena bersedia untuk mengungkap kata-kata di atas tadi. Memang rasa ego terguris dan berkemungkinan kamu kurang dihormati tetapi percayalah, seorang ketua yang mampu mengaku kesilapannya akan lebih dihormati.

“Bagus kerja kamu!”
Tiada siapa yang akan rasa muak dengan pujian, percayalah. Pilih seorang rakan sekerja yang telah lakukan sesuatu tugas dengan bagus dan katakan, “Bagus cara kamu kendalikan projek tu.” Dan jangan segan silu untuk ungkit semula dan kata, “I teringat cara you kendalikan isu pekerja bulan lepas…,” ia mampu beri impak positif pada hari ini seperti sebelum ini. Malah, ia mungkin berikan impak yang lebih besar, kerana menunjukkan kamu masih ingat apa yang telah berlaku dan masih terfikir tentangnya. Pujian bukannya akan menipiskan dompet kamu pun, tetapi ia tetap amat bernilai kepada si penerimanya. Mulalah memuji. Orang sekeliling kamu pasti sukakannya – dan kamu pun akan sukakan dirimu a bit more.

“Boleh tolong saya tak?”
Bila kamu perlukan bantuan, minta dengan rendah diri dan ikhlas.Percayalah, pasti kamu akan dibantu. Kamu telah tunjukkan dirimu yang vulnerable, hormat dan bersedia untuk mendengar – memang kualiti seorang ketua dan teman yang baik.

“Boleh tunjukkan caranya?”
Nasihat hanya sementara, tetapi ilmu untuk selama-lamanya. Mengetahui apa nak buat boleh membantu – tetapi bila kamu tahu cara atau sebab, ia lebih bermakna. Bila kamu minta untuk diajar atau ditunjuk ajar, beberapa perkara akan berlaku: Kamu secara halus menunjukkan kamu hormat pada orang yang memberikan panduan itu; kamu tunjukkan kepercayaan kepada pengalaman dan kepakarannya; dan kamu boleh memperoleh nilai sebuah nasihat.

“Biar saya bantu kamu…”
Ramai orang menganggap meminta bantuan adalah satu kelemahan. Jadi ramai yang berat mulut nak melakukannya. Padahal kamu perlukannya! Janganlah sekadar berkata, “Ada apa-apa nak saya bantu?” kerana jawapannya pasti negatif seperti “Tak apa, saya boleh buat sendiri.” Jadi, lebih spesifik lagi bagus. Katakan, “Saya ada beberapa minit. Apa kata saya tolong kamu siapkannya.” Tawarkan bantuan seakan kamu nak bekerjasama, bukan menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat.

“Maafkan saya”
Setiap orang membuat kesilapan, jadi setiap orang ada sebab untuk meminta maaf: Kata-kata, perbuatan, pengabaian, gagal untuk bertindak. Cakap saja kamu kesal. Tetapi jangan susuli sebuah maaf dengan satu penafian pula, seperti “I memang marah sangat sebab…”, atau apa saja kenyataan yang mengalihkan kesilapan itu kepada orang lain. Ucap maaf, kenapa dan tanggung kekesalan. No less. No more. Kemudian, kalian boleh mulakan dengan lembaran baru.

“I love you”
Bukanlah di tempat kerja, tetapi di mana saja saat kamu benar-benar maksudkannya, dan setiap kali kamu merasainya.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness