Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

The Cosmo Guy – Aura Hangat Remy Ishak

Agak lama kami menunggu ketibaan Remy di lokasi penggambaran, namun sebaik muncul, terus terluncur ungkapan maaf dari bibirnya – hmm, sejuk hati dibuatnya! “Saya habis shoot lewat, terima kasih kerana menunggu.” Kelibatnya jarang dilihat di kaca TV akhir-akhir ini namun aura jejaka kelahiran Melaka ini masih kuat. Dia kini kembali dengan filem terbaru, Pulang.

 

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Filem Yang Dinanti

Dengarnya filem ini agak lama ‘diperam’ dan akhirnya ditayangkan di pawagam. Apa yang menarik tentang Pulang? “Ia adalah filem epik terbitan Primeworks Studios. Tak silap saya, ia menelan belanja RM6 juta,” katanya memulakan bicara. “Watak Othman sangat mencabar bagi saya. Dia berasal dari Serkam, sebuah perkampungan nelayan di Melaka, yang berlayar ke serata dunia dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan, meninggalkan isteri dan anaknya yang tidak pernah berputus asa menunggu kepulangan suami dan ayah tercinta.

Selain itu, filem ini memaparkan beberapa lokasi terkenal termasuklah di Melaka, HongKong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England yang diinspirasikan dari sebuah kisah benar yang merentasi tiga generasi berbeza. Selain itu, saya banyak beraksi di green screen serta berlakon dalam tiga zaman berbeza,” jelasnya sambil tersenyum. Pada pendapat kamu, apakah kekuatan filem ini sehingga mampu menarik minat penonton? “Pertama, saya rasakan Pulang adalah karya agung Kabir Bhatia yang dizahirkan dengan sinematografi dan arahan seni yang sangat mengagumkan. Tarikannya adalah hasil kerja CGI yang amat canggih, di mana hampir 80 peratus kesan visual telah diperkemaskan dalam filem ini. Terdapat dua set utama iaitu di Pantai Penarik, Terengganu dan di sebuah gudang di Setapak. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi ketika di set Pantai Penarik di mana pereka set terpaksa membina semula beberapa kali perkampungan Serkam akibat cuaca buruk yangmemusnahkan sebahagian set,” tambah hero pujaan ramai ini.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker