Atasi Tabiat Overthinking - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Atasi Tabiat Overthinking

Sama ada kamu menyeksa diri kerana kesilapan lama, ataupun bimbang mengenai masa depan, overthinking membunuhmu!

20046903_m

Pelbagai persoalan bermain di mindamu. Kadang kala kamu berperang dengan perasaan, malah membuatkan kamu hilang pertimbangan. Jika kamu terlalu berfikiran negatif, ianya akan menambah kebimbanganmu seterusnya membuatkanmu mengalami tekanan yang teruk. Heads up girls! Cosmo memberikan kamu lima tip untuk berhenti overthinking.

 

  1. Kesedaran Di Peringkat Awal

Kenalpasti dan kawal diri ketika mula berasa gelisah dan bimbang. Jangan biarkan emosi itu mengatasimu. Di saat ini jantungmu mula berdegup cepat, sesak nafas dan berasa mual. Take five! Tarik nafas dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga kamu tenang.  Beritahu dirimu yang panic attack ini hanyalah bersifat sementara.

  1. Alihkan Perhatian

Terlalu banyak persoalan bermain di minda. Adakah keputusan yang kamu buat sekarang adalah tepat? Atau, bagaimana jika kamu tidak menemui pasangan hidup sehingga tua? Mampukah kamu menjadi lebih baik di masa hadapan? Jika ini berlaku, lakukan sebarang pergerakan. Berjalan atau minum air kosong.  Dengar music kegemaranmu ataupun berbual dengan rakan baikmu. Luahkan apa yang terbuku. Elakkan minuman berkafein tau kerana ianya meningkatkan lagi perasaan gelisah.

  1. Ubah Perspektif

Mungkin kamu patah semangat setelah gagal dalam sesuatu dan merasakan kamu akan gagal lagi. Ingat, hanya kerana sesetengah perkara tidak berjaya, tidak bermakna kamu akan gagal lagi. Setiap peluang adalah satu harapan baharu untuk kamu. Jangan mengalah dan percaya pada diri. Setiap yang berlakukan ada hikmahnya. Mungkin situasi yang berlaku adalah yang terbaik buatmu.

  1. Terapi Diri

Meditasi dan Yoga adalah dua aktiviti menangani stress. Daftar di mana-mana kelas menari ataupun cuba buat aktiviti baharu seperti hiking, mengambil gambar, menulis blog atau bercuti ke pulau. Baca buku yang boleh menaikkan semangatmu. Setiap malam sebelum tidur, katakan pada diri yang kamu mampu tangani masalah ini. Setiap pagi ketika bangun tidur jangan lupa pandang ke cermin dan senyum.

  1. Rancang Hidup

Jika kamu pernah tersilap langkah dalam hidup, berjanji pada diri yang kamu tidak akan mengulanginya. Jika Plan A gagal, there is always a plan B, C and D! Senaraikan kesilapan lalu, atau perkara yang menghantuimu di atas sekeping kertas. Ambil masa lima minit untuk fikirkan penyelesaian. Kemudian ronyok dan buang kertas tersebut dan move on! Tampal sticky notes kata-kata semangat di dinding bilikmu atau di meja kerja. Tell yourself, you can do this and you will get over it soon! Good luck.

Foto: 123RF.com/Oleh : @curlyjow

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor