Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Atasi PMS Dengan Mudah

PMS buat kamu gila? Cuba cara ini untuk bantu kamu atasi perubahan yang tak menentu sebelum haid.

 

28889226_m

 

Rasa mengidam.

Perubahan hormon boleh buat selera kamu membuak-buak terhadap pengambilan garam dan lemak. Kawalnya dengan mengambil sebahagian kecil hidangan yang kaya karbohidrat kompleks seperti roti gandum dengan mentega kacang setiap empat jam.

 

Mood berubah.

Pengambilan kafein atau alkohol yang sikit saja pun boleh buat emosi kamu tak menentu. Elak dua minuman ini untuk tenangkan mindamu.

 

Tak ada tenaga.

Cuba bersenam walaupun hanya untuk 20 minit. Bila tubuhmu berpeluh dan jantung berdegup kencang, kamu akan mendapat tenaga segera buat beberapa jam.

 

Rasa mahu menangis.

Ini juga disebabkan oleh kafein ya, jadi hadkan pengambilan kopi satu atau dua cawan sehari. Emosi kamu memang mudah terganggu bila kafein terlebih dalam badan.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor