Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Asyiknya Persembahan Dennis Lau!

Memang rugi siapa yang terlepas menonton Dennis Lau & Friends, The Phoenix Rising Concert kerana kamu akan dilamun keasyikan persembahan Dennis Lau.  Mungkin kamu tertanya-tanya siapa  Dennis Lau? Dia adalah jejaka pilihan Cosmo untuk ruangan Man Manual edisi September 2016 dan paling utama, merupakan electric violinist peringkat antarabangsa.

c13a8512

 

Kalau kamu peminat setia Cosmo, mesti kamu sudah baca tentangnya. Okay back to the main topic. Cosmo nak kongsi keasyikan persembahan Dennis Lau yang tak dapat dilupakan  tentang malam gemilang konsert Dennis Lau. Ternyata, Mega Arena Star padat dengan peminat setia Dennis Lau. Bukan itu saja, Dennis berkongsi pentas dengan teman-temannya untuk menjayakan konsert ini. Antara selebriti popular yang turut jayakan konsert ini adalah Ning Baizura, Syafinaz Selamat, Atilia Haron, Vince Chong , Soo Wincci, Jimmy Sax dan Koujee Beatbox. Dennis Lau mengambil peluang dengan menyediakan platform untuk generasi baru seperti Esmond Chong, Michael Leaner dan penari gimrama, Eva yang berusia tujuh tahun dan coach, Sarina Sundara Rajah. Konsert ini bukan saja untuk mempamerkan vokal mereka tapi apa saja yang ada kaitan dengaan seni seperti  penari, pelukis kelajuan (yang siap potret dalam jangka yang sama seperti Dennis melaksanakan satu lagu), pemain saksofon dan beat-boxer. Antara highlight pada malam itu adalah pelancaran Phoenix Violin, karya enam tahun dalam pembuatan violin. Biola yang direka dan diterbangkan khas daripada Ireland buat Dennis Lau. Apa yang menarik tentang biola ini? Ia berbentuk sama seperti burung phoenix dengan 23 karat saduran emas. Memang ‘wow’!

 

c13a9527

cfd_0925

img_8232

 

Foto: Dennis Lau & Friends, The Phoenix Rising Concert

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist