ASNTM 6 - Rubini Dedah Kisah Yang Kamu Tidak Pernah Tahu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

ASNTM 6 – Rubini Dedah Kisah Yang Kamu Tidak Pernah Tahu

Menjadi satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia, nama Rubini Sambanthan bukan lagi asing dalam dunia fesyen di Malaysia. Pemegang takhta Miss International Malaysia 2014 ini mengakui berat untuk menerima tawaran menyertai Asia's Next Top Model musim ke-6 tahun ini.

Wajah cantik dan unik Rubini telah banyak menghiasi ruangan fesyen dalam majalah-majalah tempatan, begitu juga dengan pentas peragaan. Menjadi peserta paling tua untuk musim ini, Rubini, 27, mengakui peluang ini harus direbut kerana ia adalah peluang terakhir untuknya kerana had umur untuk menyertai ASNTM ialah 27 tahun dan ke bawah.

Menyimpan kisah sedih, Rubini begitu berat pada mulanya untuk menyertai ASNTM selepas kehilangan abang kandungnya beberapa bulan sebelum itu. "Penganjur rancangan ASNTM kali ini telah menukar sedikit format dan pihak produksi menemui saya menerusi Instagram, kemudian menghantar emel dan bertanya jika saya berminat menyertainya".

Menurut Rubini, pada mulanya pihak produksi tidak mendedahkan nama rancangan itu tetapi dia boleh mengagak ia adalah daripada ASNTM. "So I was happy that I was scouted but it wasn’t an easy decision at all because I lost my brother when I was called for that competition. So it was like a yes-or-no thing for me".

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

https://www.instagram.com/p/BmylCA8HozW/?taken-by=rubinirubi

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness