Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ariana Grande Diraba Selepas Persembahan Di Gereja?

Ariana Grande Diraba Selepas Membuat Persembahan Di Gereja?

Pada Jumaat lepas, Ariana Grande berhenti sekejap daripada mempromosikan album terbarunya Sweetener dan bermesraan dengan Pete Davidson untuk memberi penghormatan terakhir kepada Aretha Franklin dengan membuat persembahan di hari pengebumiannya.

 

Persembahan Ari “(You Make Me Feel Like) A Natural Woman,” telah memukau para hadirin yang datang pada hari tersebut, tetapi ramai yang tidak gembira dengan kejadian yang berlaku selepas itu.

Setelah selesai persembahan, Bishop Charles H Ellis III, ketua majlis tersebut, memanggil Ariana untuk datang ke atas pentas untuk memuji persembahannya. Ketika berjalan dengan Ari, tangan Ellis memegang erat bahagian pinggang Ari dan ia kelihatan seperti dia meletakkan tangannya di payudara Ari.

Netizen di Twitter tidak berpuas hati dengan kejadian ini, dan mereka telah menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dengan hashtag #respectariana:

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker