Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Arang Mampu Cantikkan Kulit?

Arang tak selalunya membawa maksud negatif kerana kalau di dalam kecantikan, arang serta tanah liat bila dipakai pada wajah, boleh buat kulitmu lebih cantik! Tapi jangan ambil yang di belakang rumah ya… Cosmo cadangkan produk ini untuk kamu.

 

Dari atas, mengikut pusingan jam:

  1. Dua permukaan berbeza, satu untuk menyental dan sebelah lagi membersih, Sephora Charcoal Exfoliating Wipes, RM29 menarik keluar kotoran seperti magnet!
  2. Formula pasir gunung berapi Iceland, lava hitam dan arang serta asid mandelic membantu mencerahkan kembali kulit wajah yang kusam  agar nampak lebih muda! Arcona Magic Black Ice, RM279
  3. Mencari penawar kulit kusam? Glamglow Youthmud Tinglexfoliate Treatment, RM295 mengandungi tanah liat lautan Perancis untuk serap kotoran tanpa keringkan kulit, selain ekstrak teh hijau, daun camellia dan timun untuk ratakan ton kulit.
  4. Siapa suka sental kulit hari-hari? Dermalogica Daily Superfoliant, RM325 membersih, menyerap pencemaran, detoks pori serta melawan pencemaran yang buat kulit cepat tua dengan manfaat Activated Binchotan Charcoal.
  5. Sesuai kulit berminyak, berjerawat, The Konjac Sponge Company Bamboo Charcoal, RM56 dengan serbuk arang kaya mineral membersih pori untuk menyingkir blackheads dan kotoran. Tak perlu guna dengan sabun pembersih.
  6. Bertukar dari tekstur tanah liat ke buih, Innisfree Jeju Volcanic Color Clay Mask Purifying  dan Refining, RM39 setiap satu, ini boleh kamu pakai pada bahagian tententu wajah pada masa yang sama untuk masalah kulit berbeza.

 

Fotografi: Robin Yong

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru