Aplikasi Muzik Kegemaran Kamu Menyambut Ulang Tahun Ketiga! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Aplikasi Muzik Kegemaran Kamu Menyambut Ulang Tahun Ketiga!

Aplikasi strim muzik, Joox telah menawarkan para pendengar dengan lagu-lagu hits dan pemegang carta sejak tiga tahun lalu! Bersempena  ulang tahun ketiga mereka dan IN Festival: Influencers 2018, Joox ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat  menerusi Tremendous JOOX Live Concert yang berlangsung pada 22 September lalu.

Peminat aplikasi muzik popular ini berhibur dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See! Pemilihan penyanyi ditentukan berdasarkan  populariti lagu mereka melalui aplikasi.

Penyanyi yang juga pemenang pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah mengakui bahawa Joox adalah sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyiannya tidak kiralah yang lama mahupun baru. Penyanyi berbakat besar ini muncul dengan lagu terbaru bertajuk Layarlah Kembali dan lagu ini mendapat respons yang baik di Joox.

Sementara itu, Akim and The Majistret menyatakan  aplikasi seperti Joox merupakan satu aplikasi yang baik untuk band seperti mereka. Ini kerana ia berjaya memperkenalkan muzik mereka kepada audiens yang lebih besar.

 

Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pendengar Joox meningkat dan berharap dapat menyediakan muzik terbaik untuk peminat, barang-barang eksklusif percuma dan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat. Apa-apa pun Cosmo ingin ucapkan happy birthday Joox!

 

 

Foto: Joox

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist