Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apakah Tahap Kecergasan Kamu?

Cosmo reka tujuh ujian kecergasan do-it-yourself yang kamu boleh lakukan di rumah secara percuma. Ujian ini fokus terhadap ketahanan, kekuatan,  kardio dan fleksibiliti tiubuhmu. Catat keputusan kamu kemudian lakukan semula setiap empat minggu supaya kamu jadi lebih baik daripada semalam.

 

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

KESELURUHAN KEPUTUSAN KAMU

JIKA SECARA AMNYA KAMU PEROLEHI ‘SANGAT LEMAH’ ATAU ‘LEMAH’

Jangan stres! Ini hanya bermaksud kamu adalah seorang beginner. Jadi sesi kardio kamu sepatutnya mempunyai senaman impak rendah seperti berjalan, berenang atau berbasikal sehingga kamu benar-benar fit untuk berlari dan melakukan aerobik impak tinggi. Cuba lakukan aktiviti setiap hari walaupun hanya berjalan.

 

JIKA SECARA AMNYA KAMU PEROLEHI ‘SEDERHANA’ ATAU ‘BAIK’

Kamu adalah intermediate exerciser! kamu mempunyai peringkat asas kecergasan yang baik tapi mungkin kamu tidak konsisten melakukannya. Fokus untuk menguasai teknik apabila kamu menggunakan pemberat dan kekal dengan pelan latihan berterusan untuk meningkatkan kadar sesi senaman kamu lakukan setiap minggu.

 

JIKA SECARA AMNYA KAMU PEROLEHI ‘BAGUS’ ATAU ‘HEBAT’

Kamu adalah advanced exerciser (yay!). Kamu mempunyai kecergasan tinggi tapi masih ada ruang untuk diperbaiki. Uji rejim kecergasan kamu untuk ketahui kekuatan kamu kemudian fokus pada kelemahan kamu untuk memperhebatkan lagi sesi senaman kamu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert