Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apakah Tahap Kecergasan Kamu?

Cosmo reka tujuh ujian kecergasan do-it-yourself yang kamu boleh lakukan di rumah secara percuma. Ujian ini fokus terhadap ketahanan, kekuatan,  kardio dan fleksibiliti tiubuhmu. Catat keputusan kamu kemudian lakukan semula setiap empat minggu supaya kamu jadi lebih baik daripada semalam.

 

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

UJIAN #2 – ADAKAH BAHAGIAN ATAS TUBUHMU KUAT?

 

Kenapa lakukan ujian ini?

Bahagian atas tubuh yang kuat adalah penting untuk pergerakan harian, seperti mengangkat barang (mahupun beg shopping kamu!).

 

Bagaimana?

Lakukan posisi tekan tubi yang diubah suai – lutut di lantai, tapak tangan sejajar dengan bahu dan dada. Pastikan belakang badan kamu lurus, kemudian dengan perlahan rendahkan tubuh kamu sehingga bahagian atas tangan kamu selari dengan lantai. Kembali pada posisi mula. Ulang dan kira berapa banyak tekan tubi kamu lakukan dalam masa satu minit.

 

Keputusannya…

UMUR  <30  30 – 34  35 – 39  40+
Hebat  24+ kali  21 kali  19 kali  17 kali
Sangat Bagus  16 – 23 kali  13 – 20 kali  12 – 18 kali  11 – 16 kali
Bagus  11 – 15 kali  10 – 12 kali  8 – 11 kali  7 – 10 kali
Sederhana  7 – 10 kali  6 – 9 kali  5 – 7 kali  4 – 6 kali
Bawah Sederhana  0 – 6 kali  0 – 5 kali  0 – 4 kali  0 – 3 kali

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert