Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
i use the f word

Apa Sebenarnya Mesej Disebalik Kempen “I Use The F Word”?

Sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada setiap 8 Mac, Cosmo kali ini menampilkan kempen I Use The F Word, Do You?

i use the f word

F Word? Okey, jangan fikir yang bukan-bukan. F word yang Cosmo perjuangkan bukanlah membawa maksud yang negatif, sebaliknya sesuatu perkataan yang memberikan inspirasi kepada yang lain.

Sepanjang bulan Mac ini, Cosmo bersama-sama 30 selebriti dan figura terkenal di Malaysia menjayakan kempen I Use The F Word ini. Mereka telah memilih perkataan yang bermula dengan huruf F yang berkait rapat dengan personaliti mereka ataupun ia memberikan sesuatu impak dalam kehidupan.

i use the f word

Sazzy Falak contohnya memilih ‘Friendship’ sebagai F word kegemarannya kerana baginya persahabatan adalah perkara penting yang menjadikannya lebih baik setiap hari. Sementara itu Sharifah Amani pula memilih ‘Feminism’ kerana menurutnya, perkataan tersebut sering disalah erti oleh sesetengah orang.

i use the f word

Cover girl Cosmo bulan ini, Nana Mahazan pula menjadikan perkataan ‘Fabulous’ sebagai inspirasi dalam hidupnya. ” Ia mengingatkan saya untuk selalu fabulous dalam apa sahaja yang saya lakukan tidak kira ketika memasak, bekerja ataupun menjaga anak”.

Kamu juga boleh saksikan video selebriti dan figura terpilih di YouTube Cosmopolitan Malaysia dan Instagram @cosmopolitanmy dengan F word pilihan mereka yang akan dimuatnaik setiap hari, bermula 1 -31 Mac. Kamu juga boleh berkongsi F word kegemaran kamu di Instagram dengan #cosmopolitanmy #iusethefword dan sebarkan kempen ini kepada rakan-rakan kamu. Jangan lupa tag Cosmo ya! Jadi, apa F word kegemaran kamu?

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness