Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Rahsianya Tubuh Badan Mantap Walaupun Sudah Memiliki Anak?

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Melihat tubuh selebriti hati terdetik, cantiknya mereka. Lepas kelahiran anak sulung, kedua, ketiga, cepat saja mereka kembali pada tubuh asal. Apakah rahsia mereka?

Kita pun mula berkata, patutlah jadi artis sebab cantik. Bukan sekadar rupa paras tetapi tubuh mereka sentiasa ramping. Namun, ramai tidak tahu mereka perlu berpenampilan menawan untuk bersaing dalam dunia hiburan dan bukan mudah untuk kekal cantik sebegitu.

Kini lebih mudah mengintai aktiviti mereka dengan adanya media sosial. Mereka berlumba-lumba berkongsi rutin senaman di Instagram. Baru tahu bukan mudah sebenarnya mahu tampil menawan. Mereka mengupah jurulatih peribadi dan chef untuk menyediakan menu sihat.

Lihat sahaja Jennifer Lopez yang usianya semakin berundur ke belakang. Dia semakin jelita sekarang berbanding dahulu. Kate Hudson pula dikagumi kerana memiliki tubuh sangat ramping dan jadi bualan hangat setiap kali hadir di permaidani merah.