Apa Perlu Buat Jika Kamu Tak Sengaja ‘Like’ Post Di Instagram - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
instagram

Apa Perlu Buat Jika Kamu Tak Sengaja ‘Like’ Post Di Instagram

Don’t panic, girl.

instagram

 

“Satu hari, sedang saya melepak bersama ibu dan scrolling through Instagram feed, gambar ex-BF saya bersama teman wanita barunya muncul. Dengan bersahaja, saya tunjukkan kepada ibu; btw, dia memang ada tabiat suka rampas telefon dari tangan saya bila nak tengok sesuatu, macamlah dia boleh nampak dengan lebih jelas. Tapi saya faham yang dia perlu pegang telefon itu dengan sebelah tangan, supaya tangan sebelah lagi boleh digunakan untuk zoom in. Tanpa dia tahu yang dia sebenarnya sedang melihat foto di Instagram (bukannya di Gallery), dia cuba zoom in dan dengan tak sengaja, double tap!

Nasib baiklah ibu saya sedar dan terus menjerit memberitahu apa yang telah dia lakukan. Saya ambil masa hanya tiga saat untuk perbetulkannya, tapi saya masih terkejut dan risau. Adakah si dia dapat notification? Dah tentu saya takkan tanya si dia, walaupun kami masih berbaik, sebab hello, saya masih ada maruah. Tapi apa yang saya lakukan adalah membuat ujian bersama sepupu saya. Apa yang kami dapati? Selagi si dia tak on notifikasi Instagram – yang dipaparkan ketika lock screen – saya selamat!

Tak kisahlah selama mana masa yang saya ambil untuk ‘un-like’; selagi kamu lakukannya sebelum dia buka aplikasi Instagram, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Personally, saya tahu yang dia tak pernah on notifikasi – dia tak suka benda-benda remeh begini mengganggu tumpuannya ketika mesyuarat atau bekerja – jadi mimpi ngeri saya tidak menjadi. Tapi selepas ini memang ibu saya takkan dapat sentuh telefon saya lagi.

(Tapi mungkin juga kamu patut buat tak endah tentang apa yang dia fikirkan dan tonjolkan your inner cool girl jika dia dapat tahu?)

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Ysa Singson (cosmo.ph)

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor