Apa Perlu Buat Bila BFF Kamu Bertukar Menjadi 'Bridezilla'? - Page 2 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Perlu Buat Bila BFF Kamu Bertukar Menjadi ‘Bridezilla’?

Terujanya kamu bila dipilih sebagai pengapit di majlis perkahwinan BFFsehinggalah dia bertukar menjadi bridezilla yang menjengkelkan. Hmm, apa perlu kamu buat?

Foto: Shutterstock.com

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Kekal tenang

Apa jua yang kamu lakukan, jangan uruskannya dengan nada suara negatif atau bersikap sama seperti BFF kamu kerana ia hanya akan merumitkan keadaan. Sebaliknya, beri sedikit kelonggaran untuk lihat sama ada dia sedang melalui fasa di mana semuanya nampak serba tak kena dan mula bersikap menghukum. Jika dia semakin konsisten dengan sikapnya yang kasar dan biadab atau tidak pedulikan perasaan orang lain, tiba masa untuk kamu duduk dengannya dan have that heart to heart conversation. Ajak dia pergi minum ataupun brunch date dan katakan sesuatu seperti, “I faham you nak majlis sempurna dan kami juga mahukan perkara sama untuk you. Tapi sejak kebelakangan ni you biarkan stress mengawal emosi and get the best of you. Ada apa-apa yang boleh I bantu?”.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert