Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
best friend

Apa Perbezaan Good Friend dan Best Friend?

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

GOOD FRIEND

Walaupun kamu berdua teman rapat, tidak bererti dia adalah sahabat baikmu. Mungkin kamu sering berkongsi pendapat dan punya personaliti yang sama tapi dari segi emosi, ia mungkin tidak sampai lagi. Tapi walaupun kamu tidak dapat kongsi emosi sepenuhnya, tidak bermakna dia bukan seorang teman yang tidak baik. Bukan begitu, ia hanyalah persahabatan yang terbina berasaskan elemen gembira. Keseronokan ketika bersama dan kesedihan atau kemarahan yang kamu pilih untuk kongsi atau tidak bersamanya.

 

Mental: Kalian kongsi pemikiran yang sama dan ‘sebulu’. Sering kali setuju dengan segala perkara yang kamu ataupun dia fikirkan. Jika tanya pendapat, dia pasti akan berikan pendapat yang sama dengan kamu ataupun jika pendapat kamu bercanggah, dia tetap  menjaga hati kamu dan sokong apa jua keputusan yang kamu sudah putuskan.

Fizikal: Kalian kongsi minat dan punya personaliti yang sama: Bagaikan kembar Siam! Apa saja yang kamu lakukan, pasti sama dengan minatnya. Setiap kali kamu mahu lakukan sesuatu perkara, kamu tahu ia juga merupakan sesuatu yang menjadi kegemarannya, kamu akan mempelawa untuk lakukan bersama dan juga sebaliknya.

Emosi: Dari segi emosi pula, ia tidaklah kosong. Cuma kamu terhadkan beberapa perasaan. Ya kamu kongsi perasaan gembira, sedih dan marah dengannya. Tapi detail terhadap perkara itu bagaikan ditapis. Hanya segelintir saja yang kamu ceritakan dan kamu tidak akan bersikap transparent dengannya. Ini kerana kamu masih tidak percaya seratus peratus dan tidak yakin untuk kongsi semua emosi dengannya.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert