Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Kamu Perlu Tahu Sebelum Buat Perawatan PRP Atau ‘Vampire Facial’

Apa itu PRP? Platelet Rich Plasma (atau ada yang gelarnya 'vampire facial' atau 'dracula facial' sebab darah kamu diambil dari lengan kemudian dicucuk semula ke kulit wajah) adalah perawatan kecantikan yang disamakan dengan facelift tanpa pembedahan (tapi memang berdarah!). Cosmopolitan Senior Beauty Editor, Nana Ghazali berkongsi pengalamannya.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sempat juga saya bersembang dengan doktor sebelum perawatan…

Q: Siapa yang tak boleh lakukan perawatan PRP?

A: Orang yang tengah demam, tidak sihat, yang ada jangkitan, mempunyai darah yang bermasalah, apa-apa blood dysfunction. Kerana kamu menggunakan darah kamu sendiri, jika darah tidak dalam keadaan tip top, platelet darah sedang rendah, tidak sesuailah untuk lakukan PRP. Orang yang mengambil ubat cairkan darah juga tidak sesuai.

Q: Mengapa ada rawatan PRP yang darahnya dilumurkan pada wajah? Tak samakah?

A: Ada beberapa kaedah PRP. Secara suntikan, yang bakal kamu lalui sebentar lagi iaitu kami menyuntik terus platlet ke dalam kulit dan ada juga kaedah microneedling (macam Kim Kardashian buat tu), di mana seluruh wajah di cucuk-cucuk dahulu dengan jarum, dan kemudian platelet di sapu pada seluruh wajah untuk diserap ke dalam kulit melalui lubang-lubang halus yang dihasilkan oleh jarum tadi.

Q: Ada pantang makanan?

A: Tiada. Sebenarnya PRP tidak memerlukan kamu mengubah rutin harian kerana ia bukan perawatan yang mengelupaskan lapisan kulit atau apa-apa. Ia hanya menyampaikan nutrien dan growth factors ke dalam kulit. Makan macam biasa, melainkan kamu memang ada alahan terhadap sesuatu.

Q: Satu treatment boleh bertahan berapa lama?

A: Susah nak jawab soalan ni. Ia bergantung kepada individu, bagaimana dia menjaga tubuh dan kesihatannya. kalau kamu asyik stress, makan tak seimbang, tidur lewat dan banyak memberikan tekanan oksidatif kepada kulit, tak lamalah kesannya. Tapi kalau kamu menjaga semua itu, kesannya boleh bertahan hingga enam bulan.

 

Perkara Penting Untuk Ingat!
• Platelet Rich Plasma (PRP) berasal dari darah pesakit sendiri.
• PRP adalah sumber faktor tumpuan dan faktor isyarat selular yang memainkan peranan penting dalam biologi penyembuhan.
• Kajian sains asas menunjukkan bahawa rawatan PRP dapat meningkatkan penyembuhan dalam tisu.
• Beberapa kajian klinikal pada manusia menunjukkan keberkesanan rawatan PRP.
• Ubat antiradang harus dihentikan sebelum dan selepas rawatan PRP diberikan.

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru