Apa Kamu Perlu Tahu Sebelum Buat Perawatan PRP Atau 'Vampire Facial'
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Kamu Perlu Tahu Sebelum Buat Perawatan PRP Atau ‘Vampire Facial’

Apa itu PRP? Platelet Rich Plasma (atau ada yang gelarnya 'vampire facial' atau 'dracula facial' sebab darah kamu diambil dari lengan kemudian dicucuk semula ke kulit wajah) adalah perawatan kecantikan yang disamakan dengan facelift tanpa pembedahan (tapi memang berdarah!). Cosmopolitan Senior Beauty Editor, Nana Ghazali berkongsi pengalamannya.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dua minggu selepas PRP, kulit nyata lebih bercahaya, tak kusam, dan pagi tadi ada teman sekerja yang dari awal mengikuti perkembangan PRP saya menegur memang nampak perbezaannya. “Your skin is glowing!” katanya. Tekstur kulit yang sebelum ini agak kasar (sebab tak rajin pakai pelembap) rasa lebih halus, licin dan tak menggerutu. Ini kerana antara kesan PRP adalah improved hydration.Pori-pori pun dah kurang jelas, kiranya bila tengok cermin, jari tak gatal nak picit! Eye puffiness pun dah kurang and laugh lines softened. I cannot say, saya melihat wajah saya 10 tahun lebih muda, or even five! Tapi saya akui ada perubahan yang mungkin tak nampak di mata kasar orang tetapi di mata saya yang boleh dikatakan agak tajam ini. Selepas dua minggu saya tak perlu lagi tutup lebam mata dengan penyamar (saya tak suka pakai penyamar) walaupun masih ada sedikit lagi bayangan gelap di situ.

Kata doktor, saya akan melihat kesan sepenuhnya selepas sebulan… Maaflah gambar di bawah tak berapa terang (Helo! pakai iPhone 6 je bukan iPhone 8) tapi antara perbezaan yang mungkin kamu boleh nampak ialah sembap bawah mata yang tak begitu ketara dan I stopped using concealer walaupun hakikatnya saya perlu pakai. Basically what I saw after two weeks, nampak lebih lagi selepas sebulan. Mungkin tak 10 tahun lebih muda (berangan is free) tapi jelas lebih segar, lebih bermaya, tak layu seperti sebelumnya. Untuk kesan yang lebih mantap, kamu dicadangkan untuk melakukan rawatan ini dalam tiga hingga empat kali setahun. Lepas itu mungkin yang berusia 40 boleh nampak macam 25!

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru