Apa Kamu Perlu Tahu Sebelum Buat Perawatan PRP Atau 'Vampire Facial'
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Kamu Perlu Tahu Sebelum Buat Perawatan PRP Atau ‘Vampire Facial’

Apa itu PRP? Platelet Rich Plasma (atau ada yang gelarnya 'vampire facial' atau 'dracula facial' sebab darah kamu diambil dari lengan kemudian dicucuk semula ke kulit wajah) adalah perawatan kecantikan yang disamakan dengan facelift tanpa pembedahan (tapi memang berdarah!). Cosmopolitan Senior Beauty Editor, Nana Ghazali berkongsi pengalamannya.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Beberapa pesanan yang diberi…

1.Jangan dedahkan kulit pada matahari (pakai sunscreen).

2.Bantu surutkan bengkak dengan tuam ais (betul apa yang dikatakan bengkak surut malam itu juga, esoknya hanya tinggal kesan suntikan).

3.Boleh juga gunakan hydrating mask untuk melegakan.

4.Kesan suntikan akan hilang dalam masa 3 hingga 4 hari (hari ke-5, kulit tiba-tiba rasa licin, lembut, gebu dan bintik semua hilang!).

5.Jika ada lebam, ia akan mengambil masa lebih lama, dalam seminggu untuk hilang (sementara itu kamu redha sajalah bila orang tanya… “Gaduh dengan suami ke? Jatuh ke? Kena tumbuk ke?”).

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru