Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Kamu Perlu Tahu Sebelum Buat Perawatan PRP Atau ‘Vampire Facial’

Apa itu PRP? Platelet Rich Plasma (atau ada yang gelarnya 'vampire facial' atau 'dracula facial' sebab darah kamu diambil dari lengan kemudian dicucuk semula ke kulit wajah) adalah perawatan kecantikan yang disamakan dengan facelift tanpa pembedahan (tapi memang berdarah!). Cosmopolitan Senior Beauty Editor, Nana Ghazali berkongsi pengalamannya.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sel darah merah yang telah diasingkan, meninggalkan platlet kaya plasma (kuning) untuk disuntik semula ke bahagian wajah.

 

Sambil wajah di sapu krim kebas, doktor mengambil darah dari lengan (macam biasa kamu derma darah…ke tak pernah derma darah?). Lebih kurang dalam setengah jam juga menunggu muka kebas dan sementara itu, darah yang diambil tadi dimasukkan ke dalam mesin untuk diasingkan. Mungkin prosedur ini tak sama untuk semua orang tetapi doktor juga menambah suntikan bius untuk ekstra kebas. Mungkin dia lihat saya terlebih gementar. Bila muka dah kebas, maka bermulalah sesi cucuk-mencucuk. “Dia cucuk tang sini, dia cucuk tang situ…” Lebih kurang begitulah. Tak dalam cucuknya, jadi pada sesetengah bahagian wajah mungkin terasa dan ada bahagian yang tak rasa langsung.

Pengalaman saya, bahagian tepi wajah, antara bibir dan hidung (pada garis laugh lines) dan hidung agak sakit! Sakitnya seperti apa ya? Macam gigitan semut api tapi digigit lama. Tapi ada juga bahagian yang langsung tak rasa seperti bawah mata dan pipi. Tak sampai 15 minit dah selesai. Dan bergantung juga kepada individu, reaksi kulit dengan suntikan juga berbeza. Ada yang seperti tiada apa-apa, tapi saya pulang dengan beberapa benjolan di dahi, wajah bengkak dan kemerahan, serta lebam sebelah mata. Jangan panik… Semua ini biasa.

Like I said, setiap individu berbeza. My skin is a little sensitive jadi tak hairanlah ia bertindak balas begitu. Doktor dan kaki tangan klinik juga memberi keyakinan bengkak dan kemerahan akan surut dalam beberapa jam (selain memberi ubat surutkan bengkak). Selain itu, kamu boleh meneruskan rutin harian seperti biasa. Malah ada teman-teman yang beritahu selepas PRP mereka boleh keluar melepak dan pergi majlis! Maaflah, ketika itu saya hanya mahu pulang dan tidur. Mengantuk pula rasa selepas PRP.

 

Foto: Premier Clinic

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru