Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Apa Kamu Perlu Tahu Sebelum Buat Perawatan PRP Atau ‘Vampire Facial’

Apa itu PRP? Platelet Rich Plasma (atau ada yang gelarnya ‘vampire facial’ atau ‘dracula facial’ sebab darah kamu diambil dari lengan kemudian dicucuk semula ke kulit wajah) adalah perawatan kecantikan yang disamakan dengan facelift tanpa pembedahan (tapi memang berdarah!). Cosmopolitan Senior Beauty Editor, Nana Ghazali berkongsi pengalamannya.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kalau kamu ‘Google’ PRP, secara amnya ia dikatakan membantu menyembuhkan masalah jerawat, penuaan, rambut nipis, dan sakit-sakit sendi. Darah yang diambil kemudiannya melalui proses pengasingan di mana sel darah merah diasingkan dan yang tinggal adalah platlet kaya plasma (seperti gambar di bawah) yang memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan luka dan penyembuhan tisu lembut serta menggalakkan penyembuhan tendon, ligamen, otot, dan sendi yang cedera dan untuk kecantikan, ia buat kulit muda semula!

Sebab nak nampak muda (juga untuk mengetahui sendiri perawatan yang makin ramai selebriti tempatan buat ni), terpacaklah saya di klinik Premier Taman Tun (premier-clinic.com) di suatu petang nan mendebarkan! Berdebarlah sebelum perawatan sebab asyik tonton video PRP di Youtube. Tengok jarum saja rasa nak pengsan! Tapi nak muda, kan? Redah…

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru