Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
kelebihan planking

Apa Akan Terjadi Jika Kamu Melakukan Plank Setiap Hari

Plank adalah senaman menampung berat (bodyweight) yang paling popular zaman kini. Bukan sahaja mudah dan boleh dilakukan dimana sahaja, malah sangat efektif untuk mengempiskan perut. Jadi apa yang akan berlaku jika kamu melakukan plank setiap hari selama berbulan-bulan?

kelebihan planking

1. Bahagian abdomen yang mantap
Plank adalah senaman yang ideal untuk membentuk otot abdomen kerana ia berhubung dengan semua otot penting seperti otot transverse, rectus, external oblique dan glutes (pinggul). Setiap jenis otot ini mempunyai kegunaannya. Jika kamu kerap melakukan plank, pergerakan kamu lebih mudah.

FYI: 

Oto Transverse : meningkaktkan keupayaan mengangkat benda berat.
Otot Rectus : meingkatkan keupayaan bersukan contohnya melompat. Otot rectus adalah dimana terbentuknya six pack di perut kamu.
Oto Oblique : meningkatkan kapasiti untuk menahan tubuh ketika berdiri juga ketika memulas pinggang (waist-twisting).
Glutes: menyokong bahagian belakang dan membentuk pinggul.

2. Mengurangkan risiko kecederaan tulang belakang.
Senaman plank bukan sahaja membentuk otot tetapi ia tidak memberi tekanan atau bebanan kepada pinggul dan tulang belakang. Melakukan plank setiap hari bukan sahaja mengurangkan sakit belakang tetapi menguatkan otot bahagian belakang kamu. Selepas ini tiada lagi masalah sakit belakang dan kamu akan tidur dengan nyenyak! Malah postur tubuh kamu juga semakin baik.

3. Terapi mental terbaik!
Plank memberi kesan kepada sistem deria dan ia meningkatkan mood kamu menjadi lebih baik. Bagaimana ia membantu? Plank meregangkan otot yang berkait rapat menyumbangkan tekanan dan keresahan.

Cuba fikirkan: Kamu duduk di atas kerusi pejabat selama beberapa jam, menyebabkan otot kamu tegang dan lutut menjadi kejang. Ia menyebabkan tubuh kamu tertekan seterusnya mengganggu mood.

Plank akan menenangkan fikiran, terutamanya untuk kamu yang sering mengalami simptom keresahan (anxiety). Lakukan plank setiap hari selama satu minit, tiga sesi dengan menarik nafas dan lapangkan fikiran.

Foto: 123rf.com

 

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness