Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
best face massage

Apa Akan Berlaku Jika Kamu Urut Bahagian Dahi Ini?

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan selain daripada menjerit sekuat hati. Cosmo telah menemui teknik terbaik untuk kamu meredakan tekanan yang boleh dilakukan di mana sahaja dan hanya mengambil masa kurang daripada dua minit!

best face massage

Teknik urutan ini bukan sahaja mudah malah lebih efektif di saat tekanan menyerang kamu. Ia tidak memerlukan perbelanjaan yang besar apatah bila kamu perlu ke spa urutan yang tentu sekali sangat mahal. Yang paling penting, teknik urutan ini adalah disarankan oleh pakar kesihatan tubuh.

best face massage

Apa yang kamu perlukan hanyalah ibu jari tangan kamu. Letakkan ia di bahagian antara kening berdekatan dahi, tekan ibu jari kamu perlahan-lahan dan urut secara menegak ke atas sekitar tiga cm panjang. Lakukan secara berulang selama 45 saat – 60 saat. Bernafas secara perlahan dan tutup mata kamu seperti melakukan meditasi.

Urutan di bahagian ini meningkatkan tahap konsentrasi, mengurangkan tekanan, menghilangkan sakit kepala dan merehatkan mata terutamanya jika kamu bekerja menghadap komputer sepanjang hari. Pakar perubatan cina juga percaya teknik ini meningkatkan daya fokus dan gerak hati kamu.

Pakar kesihatan juga menerangkan prosedur ini mengaktifkan sel otak yang membantu mengurangkan keresahan, anxiety atau serangan panik. Ia juga mencantikkan kulit di bahagian mata, mulut dan dahi kerana melancarkan perjalanan darah di wajah. Jadi jika kamu pening ataupun mengalami tekanan di pejabat atau di rumah, kamu dah tahu apa yang boleh dilakukan.

Foto: Shutterstock.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness