Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
diet tanpa gula

Apa Akan Berlaku Jika Kamu Berhenti Mengambil Gula?

Kebanyakan dessert dan makanan segera mengandungi gula tambahan yang menjadi antara penyumbang kepada kegemukkan. Ya, kegemukkan. Satu perkataan yang membuatkan kamu trauma sepanjang hari.

diet tanpa gula

Pernah terfikir kenapa kamu masih sukar untuk turunkan berat badan? Walaupun sudah elak makan nasi berbulan-bulan, ataupun telah mengurangkan kuantiti makanan. Jawapannya tentu sekali kamu mengambil jumlah gula yang tinggi dalam diet kamu! Cosmo senaraikan apa yang akan berlaku jika kamu berhenti mengambil makanan/minuman bergula.

Jantung bertambah sihat
Risiko kamu untuk menghidap penyakit jantung menjadi rendah selepas mengurangkan pengambilan gula. Gula tambahan meningkatkan kadar insulin, dan ia mengaktifkan deria sistem gementar yang membuatkan tekanan darah dan degupan jantung meningkat.

Kulit bebas jerawat!
Yassss! Keradangan kulit menyebabkan jerawat tumbuh bak juara. Gula antara penyebab utama keradangan. Berhenti minum air soda dan bikarbonat yang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Emosi lebih terkawal
Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan diet dengan kadar gula yang tinggi lebih mudah mengalami keresahan (anxiety) dan emosi tidak stabil. Kamu akan berasa lebih tenang dan sihat selepas bebas daripada gula tambahan dalam tubuh. Malah kamu juga lebih mudah untuk tidur dengan lena di waktu malam.

Berat badan turun secara sihat
Gula tambahan berlebihan menyebabkan pembentukkan lemak  dalam tubuh, sekitar bawah dagu (double chin, no!) , perut dan sekitar hati. Apatah lagi jika kamu kurang bersenam! Gula berlebihan juga membuatkan kamu berasa letih dan lesu.

Kesan sampingan
Kamu mungkin akan berasa loya, pening dan sedikit lesu pada hari pertama tanpa gula, tetapi kamu boleh cuba gula yang semulajadi daripada buah-buahan seperti epal dan tembikai. Banyakkan minum air kosong dan cuba nikmati minuman kegemaran kamu (kopi dan teh) tanpa gula. Tubuh kamu tetap perlukan gula sebagai sumber tenaga tetapi kamu perlu bijak mengawal pengambilannya.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness