Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Anuar Zain Bakal ‘Gegar’ Singapura Oktober Ini

Penyanyi sensasi, Anuar Zain akan muncul dengan konsert terbaru pada 26 Oktober ini untuk menghargai semua peminatmya di Singapura dan serantau. 

 

Kerjaya dan kejayaan Anuar dalam industi muzik yang telah menjangkau lebih daripada tiga dekad telah melahirkan peminat setia dan tegar. Setelah kejayaan konsert pada tahun 2015 di Singapura, Anuar Zain kembali ke pentas Singapura untuk persembahan satu malam yang istimewa dan pastinya akan memukau ramai. Bersiap sedia untuk dibuai  alunan suara merdu penyanyi terkemuka ini, koleksi lagu lama dan baru pasti akan meninggalkan kesan kepada kamu !

Anuar Zain yang memenangi kategori Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 terkenal dengan persembahan berkarisma, mengalun lagu  balada dengan penuh emosi dan penghayatan. Sebagai penghibur dan penyanyi terkenal di rantau ini, populariti Anuar tidak perlu dipertikaikan lagi
sejak mula melibatkan diri dalam industri seni ini pada usia 13 tahun.

Dengan kemenangan dan penghargaan yang diberi oleh Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik serta pelbagai anugerah lain, vokal dan bakat nyanyian Anuar Zain telah meletakkan dirinya di dalam liga  teratas dan tersendiri seterusnya menjadikannya salah seorang penyanyi dan penghibur dikagumi. Cosmo pun rasa tak sabar nak tonton konsert Anuar Zain ini!

Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 akan berlangsung pada 26 Oktober 2018, 8.30pm di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre.

Tiket-tiket berharga SGD $228, $188, $158, $128 dan $98 (tidak termasuk yuran tempahan SISTIC) boleh kamu dapatkan di semua outlet SISTIC, via hotline 63485555 dan secara online di www.sistic.com.sg.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist