

Untuk musim ke 24 tahun ini, Tyra nampaknya terpaksa akur setelah menerima puluhan ribu respon di laman sosialnya yang meminta dia kembali ke kerusi pengacara. "Saya membuat keputusan uintuk mengundurkan diri pada musim lalu kerana bimbang peminat setia ANTM muak melihat saya untuk 22 musim. Tetapi nampaknya mereka masih mahukan saya", kata Tyra.
Selain Tyra, model plus-size, Ashley Graham juga akan kembali sebagai juri tetap termasuk Chief Creative Officer majalah PAPER, Drew Elliot dan Penata Gaya popular, Law Roach. Malah, ANTM 24 kali ini juga tidak menetapkan had umur peserta kerana Tyra mahu melihat industri peragaan zaman kini lebih terbuka tanpa prejudis kepada umur model asalkan mereka mampu memberikan yang terbaik.
Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.