Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Anna Faris Beri Komen Tentang Penceraiannya Dengan Chris Pratt

Hai, jika kamu membaca artikel ini sekarang pastinya kamu masih lagi mengingati kesedihan berita perpisahan Chris Pratt dan Anna Faris tahun lalu.

“Kami dengan rasa sedih mengumumkan akan berpisah secara sah. Kami cuba sedaya upaya selama ini, dan merasa sangat kecewa,” kata pasangan ini.

….Dan apabila Chris secara rasmi memfailkan penceraian kepada Anna pada bulan Disember, tak ada lagi harapan untuk pasangan romantis ini bersama semula.

Anna masih berkongsi mengenai perceraian ini, manakala Chris pula tidak berkata apa-apa sehingga sekarang.

Divorce sucks,” dia memberitahu Entertainment Weekly ketika mempromosikan filem terbaru Jurassic World. “Walau apa pun, kami mempunyai seorang anak yang hebat dan cukup menyayanginya. Dan kami mencari cara untuk menguruskan hal ini sambil kekal menjadi kawan kepada satu sama lain. Ia tidak ideal, tetapi, saya rasa kami berdua berasa lebih baik.”

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker