Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Angelina Jolie Dan Gwyneth Paltrow Antara Yang Pernah Dicabul

Penerbit Filem terkenal di Hollywood,  Harvey Weinstein, dikecam selepas perangai gila seksnya terbongkar baru-baru ini. Seorang demi seorang mangsa tampil berkongsi kisah hitam pernah dicabul dan dirogol lelaki itu termasuk beberapa selebriti popular.

Jijik! Bukan seorang dua yang menjadi mangsa seksual Harvey, 65, tetapi hampir 30 individu. Angelina Jolie dan Gwyneth Paltrow antara dua nama besar di Hollywood yang pernah menerima gangguan seksual oleh Harvey ketika diawal pembabitan mereka dalam dunia lakonan. Jika disabitkan bersalah, Weinstein akan dipenjarakan lima – 25 tahun atas gangguan seksual.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Ketika kejadian berlaku, Gwyneth berusia 22 tahun telah menerima tawaran kerja oleh penerbit itu untuk memegang watak utama sebuah filem. Gwyneth diarahkan ke sebuah hotel di Beverly Hills oleh Harvey untuk membincangkan tawaran lakonan itu.

Menurut Gwyneth, Harvey mula mencabulnya dengan meletakkan tangan ke tubuh pelakon itu sebelum mengajak Gwyneth ke bilik tidur untuk sesi urutan. “Saya masih muda ketika itu, saya terima tawaran dan saya akui dalam ketakutan”, jelas Gwyneth.

Harvey juga berjanji untuk memastikan Gwyneth memenangi trofi di Academy Award, tetapi dia menolak habuan itu. “Saya kemudian mengadu kepada bekas teman lelaki saya (Brad Pitt) dan Harvey menerima amaran dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya fikir dia mahu memecat saya selepas itu, tetapi tidak”.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness