Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Angelina Jolie Dan Elle Fanning Kembali Untuk Filem Sekuel Maleficent

Angelina Jolie dan Elle Fanning kembali beraksi untuk filem klasik yang dinantikan ramai, Maleficent.

Sekuel kepada filem pecah-panggung ini bakal menyaksikan Angie kembali memegang watak sebagai Maleficent, dan Elle sebagai Puteri Aurora. Antara pelakon lain yang akan turut sama menjayakan filem klasik Disney ini adalah Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Lesley Manville, Ed Skrein, dan Harris Dickinson.

Plot filem sekuel ini dikatakan akan mengambil tempat selepas beberapa tahun berakhirnya filem pertama, dan akan menunjukkan Maleficent serta Aurora bersama-sama melindungi dunia mereka. Yes, Cosmo sangat teruja!

Sempena bermulanya pengambaran filem ini, Elle memuat naik beberapa foto comel di Instagramnya.

“It’s bring your mom to work day on the #Maleficent2 set!!!!!” tulis Elle sebagai kapsyen.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for elle fanning

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker