Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Anak Mendiang Paul Walker Bakal Menjadi Model Terkenal

30 November lalu genap empat tahun pemergian aktor terkenal, Paul Walker selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kehilangan Paul memberikan kesan mendalam terhadap peminat dan keluarganya, terutama sekali anak perempuannya, Meadow. Jika Paul masih hidup, tentu sekali dia berbangga dengan keputusan yang dilakukan anaknya kini.

Paul disahkan meninggal dunia beberapa minggu selepas sambutan hari jadi Meadow yang ke-15. Mengakui masih lagi terkesan dengan kejadian itu, dia mengambil keputusan untuk menubuhkan yayasan Paul Walker Foundation pada tahun 2015.

“I wanted to start this foundation because I want to share that piece of him with the world. I want to share that part of him with others.” jelas Meadow. Menurut Meadow, ayahnya mencintai lautan, menyelamatkan haiwan juga membantu individu yang memerlukan.

Meadow juga kini telah menandatangani kontrak peragaan bersama agensi Women Management, mengikut jejak langkah Paul yang memulakan karier sebagai model ketika usia belasan tahun. “Apa yang saya lakukan ketika ini semuanya adalah minat yang terbentuk daripada mendiang ayah. Dia adalah inspirasi hidup saya”. Meadow yang berketinggian 177 cm, kini berusaha keras mengembangkan karier peragaannya dan Cosmo yakin dia juga bakal menyinar seperti Kaia Gerber.

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness