Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Amboi, Single Terbaru Altimet Penuh Dengan Sindiran?

Amboi, amboi, amboi! Okey, tagline ini mungkin sinonim dengan Azwan Ali, tetapi Altimet bakal mempopularkan semula perkatan tersebut. 

altimet amboi

Siapa tidak kenal Altimet, rapper Malaysia yang sering tampil dengan lagu yang penuh dengan lirik mendalam tetapi ringkas dan mudah difahami. Paling best, gaya rapping Altimet tersusun dan jelas. Sebelum ini, Altimet memang terkenal dengan lirik sindiran mengenai isu semasa termasuk single terbarunya, Amboi.

Altimet baru saja melancarkan album terbaru berjudul Amboi yang juga single pertama yang diketengahkan. Mengandungi 9 buah lagu, album tersebut menampilkan produser hebat seperti SonaOne, DJ Fuzz, Noh Salleh, dan Fauzi Marzuki. Altimet turut berkolaborasi dengan beberapa artis terkenal lain antaranya Diandra Arjunaidi dan Amir Jahari.

altimet amboi

“Kesemua lagu di dalam album ini telah ditulis secara spontan di studio rakaman. Saya tidak membenarkan diri saya menulis lirik di tempat lain. Tindakan ini sengaja saya lakukan kerana mahu mencabar diri saya sendiri dalam proses penulisan lirik dan pembikinan lagu di luar kebiasaan saya,” kata Altimet.

Klip video Amboi telah dilancarkan dan menampilkan selebriti popular seperti Joe Flizzow, SonaOne, Instafamous Ucopppp, pelawak Syuk SYJ dan Azwan Ali sendiri. Kamu boleh membeli lagu Amboi di iTunes dan Spotify. Info lanjut, klik www.altimet.com.my.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness