Ambil 10 Rempah Ratus Ini Sebagai Penawar Kesihatan Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ambil 10 Rempah Ratus Ini Sebagai Penawar Untuk Kesihatan Kamu

Ambil 10 Rempah Ratus Ini Sebagai Penawar Kesihatan Kamu

Asia terkenal dengan kekayaan rempah ratusnya di mana ia merupakan asas kepada perdagangan antarabangsa suatu ketika dahulu. Tapi kini kegunaannya bukan saja terhad kepada masakan malah khasiatnya banyak untuk kesihatan.

Ambil 10 Rempah Ratus Ini Sebagai Penawar Untuk Kesihatan Kamu

Foto: Shutterstock.com

 

Peranan rempah ratus bukan sekadar penambah perisa untuk masakan, ia juga digunakan sebagai perubatan alternatif. Rempah ratus adalah sumber terbaik antioksidan dan mempunyai bahan anti-radang. Antioksidan melindungi sel kamu dengan menghapuskan radikal bebas dalam tubuh.

 

1) Jintan Manis

Kaya dengan antibakteria dan efek anti-radang, jintan manis sering digunakan untuk melegakan selesema, sakit gigi dan untuk tingkatkan fungsi sistem imunisasi. Ia juga bantu pencernaan dan melegakan kembung perut.

2) Buah Pelaga

Dipercayai boleh mengatasi keasidan perut, meningkatkan selera, mengurangkan loya, mencegah mulut berbau dan juga melegakan angin serta kembung perut. Dikenali sebagai queen of all spices, buah pelaga mengandungi antioksidan hebat dan sering digunakan sebagai liver detox.

3) Kayu Manis

Kayu manis adalah sumber kaya dengan antioksidan, mempunyai bahan anti-radang, mudahkan penghadaman dan mengurangkan kadar gula dalam darah dan kadar kolesterol. Ia juga bantu stimulasi peredaran darah dan terkenal sebagai remedi herba yang digunakan dalam perubatan tradisional.

4) Cengkih

Kompaun aktif dalam cengkih berikan kebaikan antibakteria dan antikulat. Ia juga mempunyai efek anti-radang dan kajian membuktikan bahawa ia berkesan untuk detoksifikasi daripada pencemaran alam sekitar.

5) Jintan Putih

Jintan putih adalah remedy herba traditional dan sering digunakan untuk diuretik, melegakan sakit perut dan kekejangan usus, morning sickness serta membantu bagi rawatan carpal tunnel syndrome.

6) Biji Adas

Biji adas kaya dengan antioksidan dan mengandungi sumber serat, folat, kalium dan Vitamin C. Ia terkenal untuk tingkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan darah dan bantu detoksifikasi tubuh. Ia juga mengandungi kompaun yang boleh membantu melegakan kekejangan otot di mana efeknya amat berguna untuk kekejangan perut. Biji adas juga bertindak sebagai penahan selera makan.

7) Bawang Putih

Mengikut pelbagai kajian, makan separuh hingga seulas bawang putih sehari boleh turunkan kadar kolesterol dan terkini, pil berasaskan bawang putih terbukti dapat mengurangkan tekanan darah. Dan apa yang menakjubkan, jika kamu makan bawang putih setiap hari selama tiga bulan, kamu tidak akan terkena jangkitan selesema.

8) Halba

Fenugreekine adalah bahan kimia yang terkandung dalam halba dan dipercayai amat hebat untuk kurangkan kandungan gula dalam darah. Ia digunakan sebagai suplemen semulajadi untuk insulin. Halba juga merupakan ekspektoran kuat dan digunakan sebagai penawar tradisional untuk melegakan ketidakhadaman, alahan dan bronkitis.

9) Halia

Halia kaya dengan pelbagai kompaun aktif seperti gingerols, zingibain, bisabolenel, oleoresins dan zingiberole. Ia terbukti dapat merawat loya akibat daripada morning sickness, motion sickness dan bahan anti-radangnya bantu melegakan otot dan sakit sendi. Halia juga sering digunakan untuk mencuci dan detoks tubuh, merangsang kitaran darah dan melegakan bronkitis serta kesesakan.

10) Kunyit

Sumber antioksida utama dalam kunyit – curcumin – adalah bahan penting untuk liver detox dan juga merupakan rawatan alternatif kepada artritis dek kerana efek anti-radangnya. Menurut kajian saintifik terkini, kunyit juga boleh membantu dalam diet kamu untuk ‘melawan’ lemak tepu dalam perut dengan menghalang pertumbuhan sel-sel lemak.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor