Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Alvin Chong Beralih Arah?

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sertai Universal Music Malaysia

Selepas bertahun mengurus dan mengembangkan karier sendiri, artis berbakat Alvin Chong secara rasminya menyertai Universal Music Malaysia sebagai Artis 360 syarikat rakaman Universal Music Malaysia.Alvin menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia pada penghujung 2017 berkata, kerjayanya berkembang dengan baik sejak itu “Tidak sukar membuat keputusan ini kerana Universal Music ibarat keluarga saya sendiri,” jelas Alvin yang mencipta nama menerusi drama TV kesukaan ramai, Suri Hati Mr. Pilot. Pelakon dan penyanyi ini juga mengakui, jadualnya semakin padat sejak menyertai Universal Music.

Single Terbaru

Baru-baru ini, Alvin telah melancarkan single We Got This bersama Isabela Vinzon, naib juara The Voice Teens Philippines 2017. Video muzik rasmi lagu itu menemui peminat pada 29 Jun lalu. Dalam pada itu, Alvin juga dalam proses mengeluarkan satu lagi lagu, kali ini bersama penyanyi Indonesia, Dea Dalila. Lagu berjudul Mencintaimu 99% itu bakal dilancarkan untuk pasaran Indonesia. Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong berkata, pemilihan Alvin amat mudah, kerana mereka melihat potensi besar yang dimilikinya. “Alvin memiliki banyak kebolehan dan kami tahu bakatnya akan terus berkembang. Kami sudah pun bekerjasama dengannya melalui kolaborasi di Filipina dan Indonesia, serta merancang untuk menyasarkan pasaran besar lain di Asia Tenggara, termasuk China, Taiwan dan Hong Kong, dalam masa terdekat.”

Bergelar Duta

Meskipun jadualnya padat, penyanyi itu baru-baru ini diumumkan sebagai duta jenama Kia, Vivo Malaysia dan Fujifilm, selain terlibat dengan pelbagai kempen bersama jenama seperti Certina dan Bodyholic. Dengan bakat dan kebolehan yang dimiliki, Alvin Chong pastinya nama yang perlu diberi perhatian kerana diyakini mampu menakluk rantau ini!

 

Foto: Universal Music Malaysia

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist