Aktiviti Menyeronokkan Mesti Cuba Jika Ke Hong Kong
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Aktiviti Menyeronokkan Mesti Cuba Jika Ke Hong Kong

Bertemankan langit biru dan hembusan lembut bayu, Hong Kong kala musim sejuk cukup mengasyikkan. Dah tiba masanya untuk kamu pack your luggage dan terbang ke kota kosmopolitan ini. Cosmo senaraikan aktiviti menyeronokkan mesti cuba jika ke Hong Kong.

35126134 - hong kong skyline and victoria harbour. couple tourists enjoying view and sightseeing on tsim sha tsui promenade and avenue of stars in victoria harbour, kowloon, hong kong. tourism travel concept.

NIGHTLIFE HOTSPOTS

WHERE TO GO: OOLAA

Terletak di Bridges Street Soho, bar dan restoran ini memberi suasana makan malam dan hiburan yang mengasyikkan. Kamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan menarik dan minuman mocktail. Alunan muzik yang girang membuatkan kamu ingin berdansa!

WHERE TO GO: ARMANI PRIVE
Mempunyai dua bahagian, satu up-beat lounge dan teres chill-out rooftop, ia ditemani panorama bangunan pencakar langit yang menakjubkan, selain suasana neon-lit Hong Kong.

MUST PACK: Jangan lupa gayakan gaun koktel  agar penampilan kamu menjadi perhatian!

 

PANTAI MENGASYIKKAN

WHERE TO GO: PANTAI PUI O dan CHEUNG SHA

Siapa kata kamu tak boleh bercanda di pantai kala melawat Hong Kong? Manalah tahu mungkin kamu boleh berjumpa teman baru atau rehat saja di sini sambil melihat keindahan matahari terbenam.

WHERE TO GO: PULAU LANTAU
Bukan saja dikenali kerana kecantikan semula jadinya, kamu juga boleh beli-belah di sini. Ada 80 kedai brands outlet dengan diskaun harga yang boleh buat tidur kamu tak lena. New shoes anyone?

MUST PACK: Relaks di tepian pantai dengan menggayakan baju renang dan kaca mata hitam. Pasti nampak ‘wow’!

 

SYURGA BELI-BELAH

WHERE TO GO: CAUSEWAY BAY, TSIM SHA TSUI, KOWLOON dan MONG KOK

Antara wilayah beli-belah yang mesti kamu kunjungi tiap kali ke sini. Pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa membanjiri setiap pelosok kawasan ini. Buat kamu yang dambakan jenama mewah, singgahlah ke bahagian Central dan Topshop (harga tidak dinyatakan) antarabangsa membanjiri setiap pelosok kawasan ini. Buat kamu yang dambakan jenama mewah, singgahlah ke
bahagian Central dan Soho ya.

MUST PACK: Gayakan sandal rona terang dengan celana atau skirt pendek kala bersantai di sini.

 

Foto: 123rf.com

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist