
Akaun E-mel Selena Gomez Digodam Wanita Berusia 21 Tahun
Seorang wanita muda dari New Jersey telah didakwa beberapa minggu lalu kerana menggodam akaun e-mel Selena Gomez.
Wanita itu juga telah mencuri sedikit data penyanyi tersebut, lapor Los Angeles Department di dalam satu press release. Susan Antrach telah didakwa dengan lima kesalahan pencurian identiti, lima kesalahan memasuki dan menggunakan data komputer untuk melakukan penipuan atau mengawal atau mendapatkan wang, harta atau data, serta satu kesalahan memasuki dan menggunakan data komputer atau mengambil dokumen sokongan tanpa kebenaran.
Page Six melaporkan antara Jun 2015 hingga Februari 2016, e-mel Selena telah digodam beberapa kali, dan pada ketika itulah Susan didakwa telah mencuri beberapa data kepunyaan pelakon ini dan menyimpannya untuk dimuat naik kemudian.