Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ahli Keluarga Diraja Kecewa Dengan Sikap Bapa Meghan Markle

Drama keluarga Meghan Markle bukanlah satu cerita baru, dan sehingga kini Meghan dilaporkan masih belum bercakap dengan ayahnya, Thomas Markle.

Thomas dilihat telah menghadiri beberapa temu bual dan membuat beberapa kenyataan yang agak mencurigakan. Katanya, Queen Elizabeth tidak ingin bertemunya, dan dia sibuk mencanang cerita tentang perancangan keluarga Meghan dan suaminya. Teruknya!

Saat ini, Us Weekly melaporkan Meghan masih belum bercakap dengan bapanya sejak dia banyak mengeluarkan kenyataan sana-sini.

"Meghan masih belum bercakap dengan Thomas sejak hari perkahwinannya," satu sumber istana memberitahu majalah tersebut. Tambahnya, kesemua ahli keluarga Diraja amat kecewa dengan perbuatannya itu.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Related image

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker