Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
cosmomy brooklyn chloe

Adakah Victoria Beckham Restui Cinta Brooklyn dan Chloe Moretz?

cosmomy brooklyn chloe

 

Sudah sah Brooklyn Beckham kini hangat bercinta dengan aktres berbakat besar, Chloe Moretz. Pasangan sama padan ini sudah muncul di karpet merah bersama bulan lalu dan melalui akaun Instagram masing-masing sering mempamerkan kemesraan mereka yang makin intim.

Sebagai anak kepada dua selebriti popular di dunia David dan Victoria Beckham, Brooklyn turut terkesan dengan tanggapan media serta peminat dunia hiburan akan perihal cintanya. Namun remaja kacak berusia 17 tahun ini tanpa ragu mendedahkan statusnya tanpa berlindung atau berahsia. Brooklyn sebelum ini bermain untuk pasukan Arsenal bawah 16 tahun dan kini aktif dalam sukan skateboard dan berjinak dalam seni fotografi.

Chloe, 19, pula yang sedang meraih populariti melalui bakat lakonan sejak berusia 7 tahun lagi memberi kenyataan kepada media mengapa mereka akhirnya bersetuju untuk mendedahkan hubungan mereka. Aktres berambut perang ini menjelaskan bahawa lebih sukar untuk merahsiakan hubungan mereka daripada pihak media dan khalayak yang secara tidak langsung menjejaskan perhubungan mereka. Jadi lebih baik sahkan saja!

Kini mereka lebih bebas untuk berdating dan menikmati makan malam di restoran tanpa perlu berselindung lagi. Namun masih ramai yang sedang menunggu apa reaksi kedua ibu bapa Brooklyn mengenai pasangannya. Ada yang mengatakan Victoria masih belum secara rasmi memberi restu.

cosmomy brooklyn victoria

 

Namun dalam sebuah laporan media Britain melalui sumber terdekat dengan keluarga Beckham mendedahkan bahawa ibu bapa Brooklyn amat suka dengan Chloe dan cukup selesa apabila kekasih anak mereka datang bertandang ke rumah. Malah Victoria gembira dapat bersembang perihal wanita dengan Chloe memandangkan nisbah lelaki dalam kediaman mereka lebih kepada lelaki sebelum ini.

Menurut sumber itu lagi, mereka sudah menganggap Chloe sebagai sebahagian daripada keluarga Beckham. Aktres yang popular melalui filem The Amityville Horror, Kick Ass, Dark Shadows, Carrie, If I Stay dan 5th Wave ini juga cukup digemari oleh adik-adik Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper dengan sesi santai hampir setiap hujung minggu di kediaman mereka dan makan malam bersama sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

❤️

A post shared by bb🌷 (@brooklynbeckham) on

But I did offer..

A post shared by bb🌷 (@brooklynbeckham) on

https://www.instagram.com/p/BGXeK3KxbOH/?taken-by=brooklynbeckham&hl=en

Hey @brooklynbeckham I like the way ya look at me, that's all 🙂

A post shared by Chloe Grace Moretz (@chloegmoretz) on

A post shared by Chloe Grace Moretz (@chloegmoretz) on

 

Foto: TPGnews/ClickPhotos