Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Adakah Kamu Ketagih Membeli-belah?

Dengan hanya sedikit perubahan, kamu boleh kawal dan ‘beli’ kegembiraan dengan gaji sedia ada. Ketahui caranya...

Foto: Shutterstock.com

Shopping boleh diibaratkan seperti membeli makanan segera: Rasa sedap tapi bila dah kenyang, mulalah rasa bersalah. Kini tidak lagi! Tak kira apapun personaliti shopping kamu, Cosmo akan bantu kamu beli secara berhemah.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Beli Ikut Perasaan

Harimu murung? Manjakan dirimu di pusat beli-belah. Naik pangkat? Manjakan dirimu di kedai lain pula.

Terapi runcit: Melabur untuk kegembiraan tak salah. Tapi kenalah dilakukan secara terkawal. Maksudnya: Kena masuk dalam bajet shopping bulan tersebut. Helah lain? Lakukan splurge yang kecil tapi kerap. Daripada membeli jaket kulit, mungkin dapatkan rias kuku tiga kali. Kamu akan tetap rasa seronok tapi tidaklah berhutang teruk.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor