Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Adakah Kamu Ketagih Membeli-belah?

Dengan hanya sedikit perubahan, kamu boleh kawal dan ‘beli’ kegembiraan dengan gaji sedia ada. Ketahui caranya…

Foto: Shutterstock.com

Shopping boleh diibaratkan seperti membeli makanan segera: Rasa sedap tapi bila dah kenyang, mulalah rasa bersalah. Kini tidak lagi! Tak kira apapun personaliti shopping kamu, Cosmo akan bantu kamu beli secara berhemah.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Pantang Tengok Jualan Murah

Inbox kamu penuh dengan e-mel sale dan kamu dengan rela hati terjebak ke dalamnya.

Terapi runcit: Kalau dapat beli barang murah memang best – jadi kedai akan gunakan pelbagai helah untuk buat kamu rasa seperti pemenang. Produk terhad adalah satu caranya. Bila kamu rasa produk itu tak dijual banyak, kamu akan lebih mudah untuk membeli. Dan hati-hati dengan pembelian midrange. Jika kamu nampak tiga produk serupa, kamu mungkin pilih yang harganya pertengahan, walaupun tak ada bajet. Sebelum membeli, fikir dulu selama 24 jam supaya kamu benar-benar tahu adakah ia ‘true love’.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor