Ada apa dengan Los Angeles & Dior Addict Lacquer Stick?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ada apa dengan Los Angeles & Dior Addict Lacquer Stick?

Peter Philips berkongsi pendapat dan perasaannya tentang Dior Addict Lacquer Stick. Daripada inspirasi ke pilihan gincu kegemaran dan juga teknik aplikasinya. Psst… tentang Jennifer Lawrence pun ada. Jom baca!

 

Bual cantik Cosmo bersama Peter Philips  (Pengarah Kreatif dan Imej untuk Dior Makeup)

1. Koleksi ini mengambil inspirasi daripada Los Angeles, bagaimana kamu mendapat idea dan mengapa memilih Los Angeles?

Idea ini sebenarnya datang apabila saya mula mencipta koleksi ini. Jennifer Lawrence adalah the face untuk koleksi ini dan secara automatik bila kami mula bekerja mencipta produk ini idea Los Angeles datang dan berkembang secara spontan. Saya punya tanggapan dan visualisasi L.A tersendiri. Contohnya, kali pertama saya di L.A untuk shooting bersama Kate Moss. Saya duduk di antara huruf O pada papan tanda Hollywood. Kemudian ke Walk Of Fame, kediaman yang indah dan lokasi yang menakjubkan. Bersama Jennifer, ia berkembang dan memudahkan kala mencari nama dan mencipta koleksi.

2. Pasaran kosmetik sekarang nampaknya seperti pertandingan, bagaimana kamu melihat pasaran produk untuk bibir?

Saya rasa lebih kreatif, apa yang saya mahu capai secara keseluruhan melalui Make up Dior adalah: matte, satin, berkilat, sparkly, dengan formula berkualiti tinggi. Sejak saya menyertai Dior, gincu matte belum dikeluarkan lagi. Lalu, saya sarankan agar Dior menghasilkan gincu bertekstur matte iaitu dengan koleksi Rouge Dior. Saya juga gemar Diorific untuk versi matte. Dior Addicts pula untuk tekstur berkilat. Bagi saya ia adalah satu platform yang baik untuk membezakan versi sesuatu tekstur. Formula inovatif dan memberi jaminan kualiti dan rasa. Shine, pigmen, menghidrat dan selesa, semuanya boleh kamu dapati dalam satu batang gincu.

 

3. Berformula tinggi, efek berkilat, jadi bolehlah Cosmo katakan ia adalah satu trend untuk musim yang akan datang?

Well I hope so. Ia sudah pun menjadi trend dan mungkin akan datang juga. Trend dalam solekan adalah solekan itu sendiri. Oleh sebab itu saya memastikan dalam koleksi Dior, segala-galanya sudah tersedia ada. Wanita menjadi sangat pakar dalam dunia solekan kerana media sosial, tutorial, kaedah solekan dari seluruh dunia dan komunikasi tentang solekan dan kecantikan yang meluas. I think the trend is the joy and fun of makeup. That’s the biggest trend now.  Bagi saya, dalam satu minggu, kamu boleh memakai gincu matte dan juga glossy. Tidak salah. Kamu perlu bijak untuk tonjolkan dirimu, bukan untuk diarahkan.

4. Apakah sentimen kamu tentang wanita, make up dan solekan?

Saya sentiasa percaya pada kekuatan wanita. Saya melihat kecantikan wanita sebagai senjata. Wanita perlu menggunakan kecantikan mereka sebagai senjata dan gincu bagi saya adalah senjata paling utama untuk wanita. Lelaki boleh menjadi lemah dengannya. Ini adalah senjata yang sangat kuat dan jika penggunaannya baik, ia adalah satu empowerment untuk wanita. Wanita tidak perlu bertindak seperti seorang lelaki untuk mencapai sesuatu. Kamu dapat mencapainya dengan menjadi wanita. Jantina tidak penting bagi saya. Ia adalah mentaliti moden.

 

Mahu tahu tip aplikasi Dior Addict Lacquer Stick daripada Peter Philips dan gincu yang mana satu jadi kegemarannya? Jangan lupa dapatkan Cosmo edisi Mei 2017! Dia juga ada bercerita tentang Jennifer Lawrence!

 

 

Gambar & Video: @diormakeup

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor