Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
fun feraless life

Acara Terhebat Dan Terbesar Bersama Cosmopolitan Malaysia

Heads up Cosmoholics! Cosmopolitan Malaysia bakal tampil dengan satu acara terbesar menampilkan beberapa figura terkenal yang hebat dalam bidang yang diceburi. Fun Fearless Life dibawakan oleh Laneige memberi kamu peluang berkongsi pengalaman dan tip untuk kerjaya kamu.

#CosmomyFunFearlessLife adalah acara yang mengumpulkan individu yang akan memberikan inspirasi untuk kamu dalam bidang seperti fesyen, seni, kesihatan, kecantikan, hiburan, digital dan perniagaan. Dream it! Dare it! Do it! adalah tema untuk acara ini dimana kamu akan menimba ilmu dan idea baru dalam topik yang sering menjadi isu seperti kerja dan kewangan, hubungan cinta, dan juga kesihatan mental dan fizikal. Cosmo mahu memberikan semangat dan inspirasi kepada golongan wanita untuk mendalami kreativiti dan potensi dalam diri kamu.

 

#CosmomyFunFearlessLife
Tarikh: 8 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa 8am – 5.30pm
Tempat: déWan, Level 6, Block D, Mercu Mustapha Kamal,
Neo Damansara, No 1, Jalan PJU 8/1,Bandar Damansara Perdana.
Tema: Dream it! Dare it! Do it!
Pengacara: Hunny Hatim
Presenter: Laneige
Rakan media: Wanita Hari Ini, TV3 & Tonton

Cosmo senaraikan antara barisan speakers yang akan berkongsi pengalaman mereka bersama kamu. Nantikan artikel seterusnya untuk ketahui barisan figura hebat lain.

https://www.instagram.com/p/BJXg3VHAvlJ/?taken-by=ninimarini_

1. Marini Ramlan (Nini Marini)

Marini Ramlan mempunyai pengalaman luas selama lebih 15 tahun dalam dunia penyiaran TV. Nini pernah menerbitkan beberapa rancangan TV popular dan hebat seperti Who Wants To Be A Millionaire? juga realiti TV Search For A Supermodel dan Popstars. Berkelulusan dalam jurusan Komunikasi Visual dari The Birmingham Institute of Art and Design, Nini meminati seni yang telah memberi inspirasi dalam kejayaan yang dikecapinya.

 

📷🌿

A post shared by SHALMA AINAA (@shalmaainaa) on

2. Shalma Ainaa

Shalma merupakan pengacara TV di Astro Ria & Ria HD dan memiliki label fesyen sendiri iaitu SHALS. Dia merupakan media social influencer yang meminati fesyen dan futsal.

 

💪🏿

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

3. Sharifah Sakinah

Sakinah merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan selebriti yang aktif bersukan. Filem terbarunya Pekak baru sahaja ditayangkan dan Sakinah mempunyai satu akaun Instagram yang memberikan tip bersenam melalui video bernama @fitnessakinah.

 

4. Dennis Lau

Dennis Lau adalah graduan muzik dan pemain piano dan viola profesional terkenal tempatan. Bermula bermain viola seawal usia 8 tahun, Dennis pernah membuat persembahan bersama penyanyi ternama Malaysia seperti Dato Siti Nurhaliza, Shila Amzah, dan Ning Baizura.

Dapatkan tiket kamu sekarang di http://cosmopolitan.my/jom-sertai-fun-fearless-life-2016/ untuk dekati personaliti-personaliti terkenal ini ya, jumpa mereka di sana untuk timba ilmu dan dapatkan inspirasi dari mereka. Apa tunggu lagi, beg cenderahati bernilai lebih RM100 dan makanan enak juga akan disediakan sepanjang acara ini berlangsung. Berbaloi, kan?!

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness