Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Acara Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Stacy

IJM Land baru-baru ini bakal mengadakan program Riuh Raya 2017 yang akan berlansung pada 15 Julai ini di Galeri Jualan IJM Land Seremban 2. Sambutan rumah terbuka sempena Aidilfitri itu bakal menampilkan ramai selebriti popular tanah air.

Bermula dari 3 pm – 6 pm, tetamu boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan hadiah istimewa sepanjang acara berlansung disamping disajikan dengan pelbagai juadah buffet Hari Raya. Antara aktiviti menarik termasuk hadiah misteri untuk foto terbaik di photo booth dan juga Spin The Wheel.

Kanak-kanak yang hadir juga akan menerima duit raya daripada IJM Land. Sementara itu tetamu bakal dihiburkan dengan persembahan daripada Akim & the Majistret dan Stacy termasukAdam AO dan Zulin yang bertindak sebagai pengacara majlis.

IJM Land berharap dengan acara seperti ini dapat mengeratkan lagi sillaturrahim dengan penduduk dan komuniti Seremban. Rumah terbuka ini juga diharap dapat menjadi platform terbaik untuk berkongsi momen indah bersempena sambutan Raya yang penuh dengan keberkatan ini.

 

Sebagai memeriahkan lagi Riuh Raya 2017, IJM Land memberikan rebat istimewa sehingga RM 10,000 kepada sebarang pembelian hartanah terpilih. Penduduk Seremban dialu-alukan hadir ke rumah terbuka anjuran IJM Land ini bagi memeriahkan lagi acara. Sebarang pertanyaan mengenai Riuh Raya 2017 IJM Land, hubungi pegawai pemasaran IJM Land Seremban 2 di  1 800 222 456.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness