A Ke Z Mengenai Orgasma! - Page 5 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

A Ke Z Mengenai Orgasma!

Orgasma. Tak seperti nikmat hidup lain, kamu tak mungkin rasa ia mencukupi because it’s that good. Seks yang mencapai syahwat adalah salah satu aktiviti yang memberi kedua-duanya – kenikmatan dan kesihatan. Benarkan Cosmo bawa kamu jelajah dunia ini mengikut turutan abjad.

 

Foto: Shutterstock.com

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Untuk Perasaanmu: Wanita yang amat memahami perasaan sendiri boleh menikmati lebih banyak orgasma. Bagi meningkatkan kepekaan terhadap emosi, luangkan masa untuk mengenali lanjut perasaanmu. Menulis satu senarai boleh bantu kamu agar memperoleh penjelasan untuk situasi getir. Lebih tenang hatimu itu, kamu akan rasa lebih relaks di ranjang.

Very Important Note: ‘Pembunuh’ asmara – ejakulasi pramatang. Tinjauan Menarini Group melaporkan, 30 peratus lelaki dan 40 peratus wanita berkata disebabkan permasalahan itu, mereka sanggup mengelak seks. Satu cara menghadapinya: Bercakap dengan pasangan mengenainya. “Ia masih satu stigma yang menghalang mereka daripada berbincang secara jujur. Namun, mereka tidak bersendirian dan kepuasan seksual berada dalam kawalan mereka,” kata Profesor Ganesh Adaikan, pakar seksologi klinikal di pusat wanita Hospital Universiti Kebangsaan Singapura.

Wah, Hangatnya: Satu kajian mendapati 30 peratus wanita boleh mencapai ‘O’ jika memakai stoking. Err… Seksi! “Ia disebabkan oleh rasa selesa nan hangat, jadi darah mengalir dengan lebih mudah,” kata Kerner.

Xxx: Ya, itu maknanya bercumbu. (X memang abjad yang tricky, okey?) Bibir jauh kali lebih sensitif daripada hujung jari kamu.

Yogasm: Sesetengah fanatik yoga mendakwa, sewaktu sedang melakukan yoga mereka boleh mengalami sedikit rangsangan orgasma tanpa perlu sebarang stimulasi atau sentuhan.

Zzz…: Mencapai syahwat adalah ubat tidur paling mujarab. “Ia satu release bagi tekanan yang telah terbuku,” kata Yvonne K Fulbright, pakar seksologi. Tambahan, otak mengeluarkan bahan kimia yang buat kamu rasa mengantuk selepas seks.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor