A Ke Z Mengenai Orgasma! - Page 4 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

A Ke Z Mengenai Orgasma!

Orgasma. Tak seperti nikmat hidup lain, kamu tak mungkin rasa ia mencukupi because it’s that good. Seks yang mencapai syahwat adalah salah satu aktiviti yang memberi kedua-duanya – kenikmatan dan kesihatan. Benarkan Cosmo bawa kamu jelajah dunia ini mengikut turutan abjad.

 

Foto: Shutterstock.com

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Puas Seks: Tiga daripada empat penduduk Asia Pasifik mahukan hubungan seks lebih kerap, menurut tinjauan Menarini Group. Namun, kepuasan seks juga sama penting dengan dua pertiga responden (67 peratus) percaya yang kepuasan seksual mainkan peranan yang ketara dan amat penting dalam memastikan sesebuah hubungan itu berjaya.

Queen Control: Untuk seks yang lebih ‘wow’, kamu boleh ambil sikap ini. Sudah tentu dia lebih teruja jika kamu yang main peranan utama merangsang, memandu dan menamatkan perjalanan seksual itu. Bila kamu yang mengawal permainan, peluang untuk kamu capai ‘O’ itu lebih tinggi.

Relaks: “Bila saya tertekan mengenai kerja, saya takkan langsung fikirkan mengenai orgasma,” kata Ernisya, 31. “Tapi, orgasma yang membantu meredakan tekanan,” kata Kepner. Ia membantu meningkatkan kadar denyutan jantung dan darah akan mengalir ke seluruh tubuh. Dan bila rasa stress menurun, tekanan darah juga berkurangan dan kamu akan kelihatan lebih berseri-seri.

Sayangi Diri: Elak terburu-buru bila berhubungan intim. Ambil masa untuk persiapkan diri dengan berendam dalam mandian hangat bersama aroma menenangkan. Pasti mood lebih terbangkit selepas itu.

Tutup TV: Kajian menunjukkan pasangan yang tidak meletakkan TV dalam bilik tidur mereka menikmati kepuasan seks lebih 50 peratus berbanding mereka yang memilikinya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor