A Ke Z Mengenai Orgasma! - Page 2 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

A Ke Z Mengenai Orgasma!

Orgasma. Tak seperti nikmat hidup lain, kamu tak mungkin rasa ia mencukupi because it’s that good. Seks yang mencapai syahwat adalah salah satu aktiviti yang memberi kedua-duanya – kenikmatan dan kesihatan. Benarkan Cosmo bawa kamu jelajah dunia ini mengikut turutan abjad.

 

Foto: Shutterstock.com

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fakta Kena Tahu: Hanya suku jumlah wanita yang mencapai nikmat syahwat sewaktu seks dengan pasangan mereka berbanding 90 peratus lelaki yang mendakwa menikmati klimaks 100 peratus setiap kali melakukannya. Jika klimaks cara konvensional tak berjaya untukmu, pastikan kamu memperolehnya menerusi cara lain – tak kiralah kamu dapat dulu atau kemudian.

Gagahnya Wanita: Dua doktor lakukan satu eksperimen untuk memantau berapa kerap seseorang mampu capai klimaks. Orgasma wanita paling tinggi adalah 134 dalam masa sejam, kira-kira dua kali orgasma setiap minit! Paling banyak direkodkan untuk lelaki? Hanya 16. Alahai…

Headaches: Memang alasan klise untuk mengelak seks, tapi sebenarnya orgasma mungkin ‘penawar’ yang mendapat sokongan doktor. Satu kajian mendapati tahap ketahanan sakit wanita akan meningkat sehingga 100 peratus selepas klimaks.

Inginkan Kamu: Memanglah senang kalau seks itu hanya perlukan sentuhan dan go. Tapi kamu boleh jadikannya lebih seksi dan adventurous dengan cara tertentu seperti memakai lingerie.

Jump Di Atasnya: Nikmati syahwat yang ultimate adalah apabila segala deria kamu digunakan. Kajian mendapati bila kamu yang baring, sesetengah deria kamu kurang terangsang – jadi cuba be on top pula.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor