A Ke Z Mengenai Orgasma! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

A Ke Z Mengenai Orgasma!

Orgasma. Tak seperti nikmat hidup lain, kamu tak mungkin rasa ia mencukupi because it’s that good. Seks yang mencapai syahwat adalah salah satu aktiviti yang memberi kedua-duanya – kenikmatan dan kesihatan. Benarkan Cosmo bawa kamu jelajah dunia ini mengikut turutan abjad.

 

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Asparagus: Sayur ini rupa-rupanya mempunyai kuasa tersembunyi – bantu lelaki mahupun wanita untuk capai orgasma. Ia mengandungi asid folik, yang membantu berikan rangsangan dan membantu pengeluaran hormone histamin (penting untuk orgasma).

Berlakon: Dalam satu kajian, hampir kesemua lelaki yang ditanya mengatakan mereka akan rasa kecewa jika dapat tahu yang pasangannya tidak mencapai orgasma secara kerap. Jadi, mengapakah 60 peratus wanita sanggup berlakon? “Melihat pasangan kamu mencapai ecstasy adalah sebahagian daripada kepuasan seks. Jangan pandang remeh akan nilainya kepada seseorang lelaki,” kata Kerner.

Cantik: Menurut penyelidik dari Royal Edinburgh Hospital, lebih kerap kamu mencapai orgasma kamu akan kelihatan lebih berseri-seri. Kajian itu mendapati pasangan yang melakukan seks tiga kali seminggu akan nampak tujuh tahun lebih muda daripada pasangan yang kurang menikmatinya.

Direktor: Jika kamu tak mampu mencapai klimaks tanpa sebarang stimulasi di kawasan sulit, janganlah segan untuk berkongsi dengan suami akan caranya. “Lelaki sebenarnya lebih suka bila isterinya mampu menikmati sesi itu. Apatah lagi jika dia pun boleh berseronok dengan aksi itu,” katanya.

Eksperimen: Lebih kerap kamu boleh klimaks, seks akan jadi lebih mudah – tapi kamu tetap kena memberikan kelainan. Jadi, bayangkannya sebegini: Sama ada ia memerlukan lebih urutan atau sebagainya, kamu wajar ketahui apa yang boleh buat kamu keluar dari zon selesa.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor