Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Bantu Si Dia Lupakan Masalah

Teman lelakimu sedang dilanda masalah? Jangan gusar, ini caranya untuk kurangkan serabutnya…

18859510_m

 

Beri kejutan
Ada banyak perkarawanita boleh buat untuk bantu lelaki lupakan masalah, tapi apa yang boleh buat ia kekal lama dalam ingatan ialah kejutan janji temu di tempat baru. Jadi kreatif dan masak sesuatu untuk kagumkan buah hatimu itu.

 

Jadi orang kepercayaannya
Pastikan kamulah orang itu dengan membuatkan si dia rasa selesa untuk berkongsi masalahnya denganmu.

 

Tonton rancangan komedi
Kalau ada filem di panggung berbentuk komedi, bolehlah ajak si dia untuk menontonnya. Walaupun mungkin tak menyelesaikan masalah, tetapi ia boleh bantu si dia dapat lupakannya buat seketika.

 

Foto: 123rf.com

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor