9 Alasan Malas Berjoging Dan Cara Atasinya - Page 8 of 9 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

9 Alasan Malas Berjoging Dan Cara Atasinya

Alasan kamu, tak cukup masa, motivasi dan tenaga? Di sini Cosmo nak cakap, kamu TIADA alasan untuk tidak berjoging!

Foto: Shutterstock.com

8 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

8. “Sakitnya belakang!”

HENTI BERALASAN! “Ramai pelari alami perkara sama,” kata Gavin Burt, pakar osteopath dan pemilik Runninginuryoracle.com. “Otot utama yang lemah pada perut dan oblique boleh sebabkan lengkungan, yang menekan sendi pada tulang belakang,” katanya. Perbetulkan pintalan dengan menyertai kelas yoga setiap  minggu atau tambahkan gerakan yoga mingguan atau tambah gerak pemantap otot sewaktu memanaskan badan. (Bangkit tubi, angkat kaki dan tekan tubi boleh kuatkan otot tengah). Jika masih rasa sakit, atau kamu rasa kebas pada kaki dan punggung, jumpa doktor okey.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor