9 Alasan Malas Berjoging Dan Cara Atasinya - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

9 Alasan Malas Berjoging Dan Cara Atasinya

Alasan kamu, tak cukup masa, motivasi dan tenaga? Di sini Cosmo nak cakap, kamu TIADA alasan untuk tidak berjoging!

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.“Saya tak cukup fit”

HENTI BERALASAN! Kamu baru lari sikit dah tercungap-cungap? Jalan sajalah. “Mulakan dengan nisbah jalan: berlari pada 3:1, di mana kamu berjalan selama tiga minit (atau untuk tiga tiang lampu) kemudian lari ke tiang ke empat,” kata Liz Fulford, jurulatih peribadi. Setiap kali kamu keluar, kamu akan panjangkan tempoh larian dan kurangkan tempoh berjalan untuk lihat dan rasa lebih fit tanpa risiko kehampaan dan cepat mengalah. Kamu sendiri akan terkejut kerana akan rasa lebih selesa dan mampu terus berlari saja selepas ini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor