Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
8-trik-mudah-dan-murah-untuk-rambut-super-silky

8 Trik Mudah & Murah Untuk Rambut Super Silky

Jika kamu selalu gayakan rambut dengan peralatan panas, menggunakan pelbagai produk, dan mewarnakannya dengan kerap, rambut selembut sutera ibarat angan-angan saja.

Foto: Shutterstock.com

Namun dengan produk yang tepat, kamu boleh memperbaiki penampilan dan keadaan rambut dalam beberapa minggu saja - memandangkan rambut selembut sutera hanya bergantung kepada kutikel (lapisan luar) yang sihat, menurut Steven Picciano, national artist untuk Goldwell. "Permukaan rambut kamu ibarat lapisan pada atap rumah," katanya. "Apabila kesemua lapisan tersebut (aka lapisan kutikel) diratakan dan licin dari pangkal je hujung, rambut kamu akan tampak dan terasa lembut dan berkilat - tidak bersimpul atau kusut, dan akan membiaskan cahaya serta kilauan.

Jadi jika kamu sedang berdepan dengan masalah rambut kusam, kusut dan sebagainya setiap hari, setiap minggu atau bila-bila masa, ikuti lapan tip di bawah ini untuk sihatkan 'mahkotamu' dan kembalikan kilauannya.

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

7. Tambah baking soda ke dalam clarifying shampoo

Air dengan kandungan besi atau mineral yang tinggi bukan saja akan merosakkan warna rambut, tetapi juga mengeringkan setiap helaian rambut dan menjadikannya kusam. Jika was-was dengan air yang kamu gunakan di rumah, cuba tip ini: Masukkan sedikit baking soda ke dalam clarifying shampoo kamu seminggu sekali (atau setiap dua minggu untuk rambut yang diwarnakan).

“Baking soda meningkatkan tahap surfactants, memberikan sedikit tambahan skrub,” kata Picciano. “Ia juga membuka sedikit kutikel rambut, membantu menyingkir buildup. Jika rambut kamu diwarnakan, hanya lakukannya setiap dua minggu; satu lagi penyelesaian adalah membeli penapis untuk shower head kamu.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor